BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 22 February 2018

Tempat menarik di Kuantan Pahang

Terdapat banyak tempat menarik di kuantan ni.. banyak aktiviti yg boleh di lakukan kat sini. 
10 tempat menarik di Kuantan Pahang:

1. Pantai Teluk Cempedak
     Haa yg ni mesti ramai yg dah tahu.. kalau yg belum sampai lagi boleh la singgah ke sini.. selain pantai, terdapat bnyk pilihan kedai makan dan gerai2 cenderamata disini.. dtg sini tak payah risau pasal makan, smua ada dari gerai melayu smpai la ke fastfood (McDee, Burger King, Nasi Kukus, coldblog)... selain tu sini ada jugak gerai makan yg menyediakan shisha pada waktu malam (mcm2 flavour ada). .kat sini mlm mmg hidup.. mmg every weekend lepak sini.. hehe.. 



2. Ikan Bakar Tanjung Lumpur
    Dekat Tanjung Lumpur terdapat banyak pilihan restoran untuk dikunjungi.. mmg tempat best untuk ikan bakar dan seafood... wajib singgah sini .. rasa dia mmg lain dari yg lain... (only in kuantan).. :-) 

3. Pantai Cherating
    Bagi yg minat melihat keindahan alam semula jadi boleh la dtg ke sini...  mmg nice view.. mmg cantik fotoshoot kat sini.. selain itu, boleh lakukan aktiviti pantai kat sini seperti (banana boat, berkayak, luncur air, sukan pantai, dll) ..kat sini terdapat juga kedai cenderamata.. iolls da pegi mmg cantik..❤️😍


4. Taman Tasik Bandar Kuantan
     Terletak di Bandar Indera Mahkota. .
Amat sesuai untuk aktiviti riadah.. nk jogging ke.. bersenam ke.. nk berkayak pon ada kat sini, RM12 untuk dua orang dan RM8 untuk seorang.. 

5. Bukit Panorama Sungai Lembing
    Sesuai bagi pengemar hiking. . dan kepada siapa yg berminat nk tngk matahari terbit.. mmg cantik. .

6. Kotak Kalam
    Menu menarik kat sini dia punya spaghetti and meatball.. mmg terbaik la... selain tu terdapat menu western lain seperti chicken chop, lamb chop, fish and chips, dan jugak pelbagai kek..kek rainbow la famous kat sini. ..and jgn lupa try manggo laci dia mmg fuh sedap. .😍


7. Anna Ikan Bakar Petai
    Memang recommend pegi sini... dulu tak makan petai trus suka mkn lepas dtg sini.. hehe... tapi kalau tak mkn pon xpe.. boleh bagi orang lain.. sini menu dia mmg sedap. . waktu operasi slalunya mlm smpai ke 2 atau 3 pagi. . agak2 lapar tngah malam tu boleh la singgah sini.. ikan, makanan laut smua fresh.  boleh pilih sndiri.. lokasi: Kampung Tanjung Lumpur

8. Pantai2 lain yg terdapat di Kuantan
    - Pantai Sepat
    - Pantai Batu Hitam
    - Pantai Balok
    - Air Terjun Sungai Pandan


9. Gambang Waterpark
    Atlease try la skali dtg sini.. mmg best taman tema air dia.. waktu operasi: Isnin - Khamis (10:30am - 6:30pm), Jumaat - Ahad (9:30am-6:30pm), Selasa Tutup.. (n_n) 

10. Kula Cakes
      sini mmg sedap sngt mango cheesecake dia...brape kali repeat pon tak tahu la.. mmg tmpat wajib pegi.. kek lain dia smua best2.. pavlova, red velvet, carrot cake and mcm2 lagi la.. .air coco ais dia pulak mmg terbaik mesti cuba. . (n_n) 

Percaya tak banyak lagi tempat best kat Kuantan ni. .kalau list smua boleh buat buku.. hehe. .agak2 yg belum smpai sini tlg la dtg.. best sngt2.. food dia mmg sedap.. trust me pegi skali msti nk dtg lagi. .no wonder la org Kuantan taknak pi tempat lain.. smue dah ade kat sini. .hehe.. (n_ <).. 
-C-K-M-

0 comments: